Monday 20 August 2012

Ahli Neraka

Dari Surah Al-Mukminun 23:108,
Kata Tuhan; "Nyahlah kamu [ahli neraka], jauh2 disana (Neraka), jangan lagi kamu bercakap dengan Aku".

Allah betul2 bengang dengan warga Neraka. Dia dah hantar alQur'an dan Rasul (23:105); tapi mereka pilih [nak] sesat dengan hawa nafsu [23:106). Dah tu, bila masuk Neraka, merayu pulak nak balik ke bumi [supaya dapat beribadat untuk dapat pahala nak masuk Syurga] (23:107) - tapi bumi dah habis licin !
(Tafsir Al-Qur'an DiRadio, ms 3331)

Kat bumi, kita hidup "sebentar sahaja" (23:114), sekitar 60 - 70 tahun - sekejaaaaap sangat.
Kita sabar.
Kita ikut alQur'an dn Rasul; kita toksah ikut nafsu.
[Dan "kita hidup hanya sekali" (P.Ramlee: lagu "Kwek Mambo")].
Kita tak ada pilihan. Kalau kita orang beriman.

Friday 17 August 2012

Tanggongjawab pemimpin politik

Dari Surah Al-Hajj 22:41;
"(Iaitu) orang2 yang apabila Kami teguhkan keKUASAannya dimuka bumi, nescaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan mereka MENYERU berbuat keBAIKan serta meLARANG melakukan keJAHATan, dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan"
(Tafsir AlQur'an DiRadio, ms 3195)

Ini ayat politik. Orang yang dok kata UGAMA LAIN POLITIK LAIN, tengok2 ni.

Banyak KUASA ada dalam tangan orang2 politik. Dalam ayat ini Allah suruh mereka SERU (keatas orang2 yang mereka berkuasa) berbuat BAIK; dan Allah suruh mereka LARANG (keatas orang yang mereka berkuasa) buat JAHAT.

Jadi, YB2 mesti ajak rakyat...
... takut kat Tuhan,
... kerja dengan amanah,
... buat baik kepada IbuBapa,
... jauhi judi dan arak dan zina dan dadah,
... jangan menipu dan rasuah dan salahguna kuasa dan
... toksah zalim dan kejam.

Dan orang yang diberi kuasa termasuk juga Ketua Kampung, MB, Menteri, PM, Raja, Sultan, Y.D.P. Agung. Semua ni kena jawab kat Allah nanti ("... kesudahan segala urusan").

Teruklah nanti, penguasa2 yang tak berpolitik dengan ugama!

Thursday 16 August 2012

One To One

A difference in One.

Bilal [bin Rabah] the muezzin, under torture, to revert to the [religion of] multi-Gods, proclaimed "One [God], One [God]".

The PM under pressure for [multi racial] unity, lifted one finger and shouted "One [Malaysia], One [Malaysia].

One (Bilal), whose feet the Prophet heard in Heaven, is blessed; the other (the PM), whose feet are heard in his Putrajaya Haven, waits for one.