Friday, 17 August 2012

Tanggongjawab pemimpin politik

Dari Surah Al-Hajj 22:41;
"(Iaitu) orang2 yang apabila Kami teguhkan keKUASAannya dimuka bumi, nescaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan mereka MENYERU berbuat keBAIKan serta meLARANG melakukan keJAHATan, dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan"
(Tafsir AlQur'an DiRadio, ms 3195)

Ini ayat politik. Orang yang dok kata UGAMA LAIN POLITIK LAIN, tengok2 ni.

Banyak KUASA ada dalam tangan orang2 politik. Dalam ayat ini Allah suruh mereka SERU (keatas orang2 yang mereka berkuasa) berbuat BAIK; dan Allah suruh mereka LARANG (keatas orang yang mereka berkuasa) buat JAHAT.

Jadi, YB2 mesti ajak rakyat...
... takut kat Tuhan,
... kerja dengan amanah,
... buat baik kepada IbuBapa,
... jauhi judi dan arak dan zina dan dadah,
... jangan menipu dan rasuah dan salahguna kuasa dan
... toksah zalim dan kejam.

Dan orang yang diberi kuasa termasuk juga Ketua Kampung, MB, Menteri, PM, Raja, Sultan, Y.D.P. Agung. Semua ni kena jawab kat Allah nanti ("... kesudahan segala urusan").

Teruklah nanti, penguasa2 yang tak berpolitik dengan ugama!

No comments:

Post a Comment